Secara semula jadi, toksin boleh dibuang melalui proses pencernaan iaitu menerusi pembuangan air kecil atau besar. Namun, jika ia tidak berjalan dengan lancar iaitu seseorang itu mengalami masalah membuang air besar, sakit perut berterusan atau kulit berjerawat, itu tandanya badan mempunyai toksin berlebihan.
Selain itu, pengumpulan toksin dalam badan juga boleh mengakibatkan sembelit, sakit kepala, insomnia, letih dan imuniti badan rendah.
Mengikut konsep dan teori penyembuhan semula jadi, faktor utama yang menyebabkan organ dan tubuh menghidap pelbagai jenis penyakit ialah toksin atau racun dalam badan. Hakikatnya, jenis sesuatu penyakit ditentukan oleh kerosakan yang disebabkan toksin berkenaan.
“Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran di sekeliling kita.
Antaranya pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.
“Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan atau bahan tambahan yang menjadi punca utama toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser atau migrain.
“Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati hampir 90 peratus punca penyakit disebabkan toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh pula, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh. Toksin yang berada dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya,” katanya.
Dr Syid Ayob berkata, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalusi seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng dan protein yang diambil secara berlebihan adalah faktor menyumbang kepada masalah kesihatan.
Di samping itu, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik serta racun perosak turut mempengaruhi.
“Proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah dua kali sehari. Tetapi, jika seseorang tidak membuang air dengan kadar sepatutnya, kemungkinan besar najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus, seterusnya menjadi toksin dalam tubuh,” katanya.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan ibu hamil atau sedang menyusukan bayi tidak sesuai untuk membuang toksin melalui bahan makanan tambahan.
Tambahnya, antara cara lain yang popular digunakan untuk membuang toksin ialah diet jus dan diet air. Tetapi ada juga yang memilih cara lebih ekstrem iaitu melalui proses mencuci usus. Namun mengapa pilih cara yang susah dan mahal jika ada alternatif mudah dan murah seperti foot detox?
(dari mymetro.com.my)
Hanya gunakan foot detox patch semasa tidur malam (8jam) setiap malam dan tanggalkannya pada keesokan harinya. Ramai yang telah mencuba dan mengakui keberkesanannya.
Jika berminat untuk mendapatkan foot detox patch, Memey Fashion House ada menjualnya pada harga berikut :
1pc = 55sen
Minimum order 50pcs
Poslaju untuk 50pcs = RM7
Untuk pembelian secara pukal, boleh tanya kami.
SMS/Whatsap di 0012-2050910.



No comments:
Post a Comment